Pages

unTuK Mu kEkAsiH

~MAAF SAYANG~

Maaf atas semua yang aku lakukan pada dirimu...
Aku bukan insan yang sempurna untukmu..
Yang hanya s***,menyusahkan,yang hanya akan membuat kau rasa tidak bahagia..

Hanya rindu yang dapat aku simpan padamu..
Hanya cinta dalam jiwa yang mampu aku berikan..
Hanya kesetiaan yang aku boleh pertahankan..
Mungkin ini semua tidak cukup..
Kau memerlukan perempuan yang sempurna..
Bukan seperti aku..

Ketahuilah sayang...
Jika perbuatan yang aku lakukan melukakan hatimu..
Jika nasihat yang aku lontarkan membuat kau terasa..
Jika permintaanku menyakitkan hatimu...
Jika kau tidak terasa cinta dan rinduku padamu..
Semuanya itu bukan niatku..
Aku berusaha untuk buat kau bahagia dan menghormatimu..

Aku tahu..
Hari ini aku sedikit kasar..
Tanganku terangkat..
Tapi sayang..
Itu semua sebab ‘kemanisan’ kata-kata mu yang membuat hatiku sakit..
Sesungguhnya itu yang aku tak mampu aku terima..

Puas diri ini memberi teguran..
Puas diri ini cuba bersabar..
Kerna ku tahu kau mampu berubah.
Ini bukan diri kau yang sebenarnya..

Caraku silap..
Caraku menegurmu silap..
Aku tak berniat..
Semuanya spontan sebab aku marah yang amat..
Andai dapatku undur masa,aku tak mahu membuat hati kau sakit..
kerna sekarang aku turut terasa sakit itu..

tapi,andai ini takdirnya..
andai ini penamatnya..
aku redha..
aku terima.

doaku untukmu sayang..

Ya-Rabbul Ariffin
Tuhanku,Seandainya telah kau takdirkan dia milikku.. tercipta buatku
Dekatkan lah hatinya dengan hatiku
Tetapkan lah kemesraan antara kami
Agar kebahagiaan ini kekal abadi

Ya Muhaimin
Dan Tuhanku
Seiringkan lah kami mengharungi hidup luas ini
Ke tepian yang sejahtera

Ya Rabbul Fatihin
Tetapi Tuhanku yang Maha Pengasih
Seandainya telah kau takdirkan dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandangan ku
Luput dari ingatan ku
Dan peliharalah aku dari kecewa

Ya Rabbul Izzati
Serta Tuhanku yang Maha Mengerti
Berilah aku kekuatan melontar bayangannya ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Dan gelap pekat awan
Agar aku bisa bahagia
Walaupun tanpa dirinya

Ya Rabbul Quddus
Dan Tuhanku
Biar sekuat mana aku menyintainya
Aku pohon agar Tuhanku
Melenyapkan perasaan ini
Sekiranya dia ditakdirkan bukan milikku

Ya Rahman Ya Rahim
Tapi sekiranya dia ditakdirkan untukku
Kupohan agar takdir memperkuatkan kasihku padanya
Selagi tidak melebihi kasihku padaMU
 amin~





KeMbaLi pULaNg..

salam readers...

wahh..agak lama aku tak sempat nak update blog aku ni..
masa yang cemburukan aku,sampaikan aku tak sempat nak tengok blog lansum..
tambah pulak ngan sikap MALAS nak bukak laptop 2 3 hari ni..

ntah apa yang da jadi..tak tau nak luah ape..
just leh pendam kan perasaan tu je..
hilang semangat nak menulis yang da kehabisan mood..
mungkin sebab beban study yang da mula menguasai aku..

2minggu lepas buzy ngan jaga umi aku kat hospital..
alhamdulillah,semua berjalan ngan lancar..
umi aku da sihat sekarang..
bertambah sihat bila tengok anak2 dia semua balik tuk tengok dia..
biasalah sekarangkan musim demam yang tak tentu hala..

aku lak da start pegi kelas balik..
oke fine,ade gak yang ketinggalan terutama law..
penim wal confius nak paham semua tu..

takpe,takpe..
banyak lagi masa kan..
hehehhe....

*moga aku berjaya*